/ Peluang Kerjaya /

Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik

Menjelmakan impian yang tersimpan dalam hati anda, berkongsi peluang kerjaya yang bagus dengan kawan rapat supaya hidup anda lebih sempurna dan bermakna!.

Kenapa Memilih Infinitus ?

Infinitus yang ditubuhkan pada tahun 1992 merupakan ahli kepada LKK Health Products Group, iaitu anak syarikat milik penuh jenama veteran Hong Kong - Lee Kum Kee. Selepas pembangunan selama 20 tahun, Infinitus yang penuh dengan pengalaman telah berjaya membentuk daya saing yang unik. Kelebihan ini telah menjadi sumber keyakinan dan kekuatan para pekerja dan rakan niaganya..

Budaya Korporat


"Si Li Ji Ren" (Memikirkan kepentingan orang lain) merupakan nilai teras kami. "Keusahawanan Yang Berterusan" pula semangat korporat kami. Kami menghayati intipati budaya tradisional Cina yang beribu tahun lamanya dan mewarisi kebijaksanaan pengelolaan Lee Kum Kee yang berabad lamanya. Kini, kami berjaya mencipta situasi menang-menang dan maju ke depan bersama rakan-rakan niaga kami.

Konsep Kesihatan


"Kecergasan dari dalam, kehidupan sihat" merupakan konsep kesihatan Infinitus yang unik. Berdasarkan budaya penjagaan kesihatan Cina yang beribu tahun lamanya, satu kaedah berbunyi "3 Pemulihan; 4 Kesederhanaan" yang mudah dan praktikal telah dibentuk kami, ia sesuai untuk orang-orang moden yang inginkan kesihatan.

Produk Kesihatan


Infinitus menilai kualiti produk sebagai nadi korporat, membina model pengurusan secara rantaian penuh dan berjaya mendapat nama baik di pasaran. Infinitus berkerjasama dengan Universiti Cambridge, Akademi Sains Kebangsaan Perancis, Institut Materia Medika Shanghai dan lain-lain badan berwibawa di dunia, mempelawa pemenang anugerah Nobel, Profesor Jules A. Hoffmann untuk menjadi Penasihat Sains supaya produk TCM yang bermutu tinggi dapat dibekalkan kepada para pengguna. Infinitus menjadi peneraju sedunia dalam penyelidikan "Polisakarida Kompleks". "Infinitus Health Tonic" yang dihasilkan berdasarkan "Polisakarida Kompleks" disambut hangat dalam pasaran lebih daripada 20 tahun. Di samping itu, Infinitus juga prihatin terhadap pengalaman pengguna. Untuk memenuhi keperluan dan kebiasaan pengguna yang berbeza di pasaran, kami mengeluarkan produk dalam pelbagai bentuk dos.

Nilai Jenama


Dengan usaha Infinitus bersama pasukan jualan selama bertahun-tahun, imej korporat "bertanggungjawab, pragmatik dan boleh dipercayai" berjaya didirikan. Pada tahun 2017, Infinitus berjaya menduduki tempat ke-45 dalam laporan analisis "500 Jenama Paling Bernilai di China" dengan nilai jenama sebanyak RMB 65.869 bilion. Ia juga satu-satunya jenama produk TCM dalam kedudukan 50 teratas. Nilai jenamanya setaraf dengan jenama-jenama terkemuka di dunia seperti Adidas, Rolex, Sony, Cartier dan lain-lain lagi.

Keutuhan Syarikat


Infinitus berusaha untuk mewujudkan kelebihan daya saing dalam aspek kualiti produk, jenama, teknologi teras, pembinaan platform dan sebagainya. Kami mempunyai dua pangkalan pengeluaran di Xinhui dan Yingkou. Selain itu, kami juga memiliki aset seperti Plaza Infinitus Hong Kong, Pusat Infinitus Gungzhou, Wisma Infinitus Shanghai, Plaza Infinitus Guangzhou dan lain-lain aset, serta mempunyai 30 cawangan, 30 pusat perkhidmatan dan lebih daripada 7,500 kedai khusus di seluruh negara.

Integrasi Pelanggan dan Korporat


"Integrasi Pelanggan dan Korporat" merupakan falsafah perniagaan dan rahsia kejayaan Infinitus. Dengan adanya platform seperti "Jawatankuasa Promosi Perniagaan”, komunikasi dan interaksi di antara syarikat dan rakan niaga dapat dieratkan, pendapat dan cadangan pelanggan dapat didengar dan dikumpulkan supaya syarikat dapat bertindak balas dengan cepat dan tepat, dan akhirnya keperluan rakan-rakan niaga juga dapat difahami dan dipenuhi. "Integrasi Pelanggan dan Korporat" memupuk suasana kerjasama yang cekap dan saling percayai, meningkatkan rasa penyertaan dan kekitaan di kalangan rakan niaga. Fenomena ini mewujudkan situasi menang-menang di antara rakan niaga dan Infinitus, justeru perpaduan dan daya gerakan yang lebih besar dapat dibentuk.

Kepuasan Individu

Berjuang untuk kerjaya yang anda minati dan mencapai matlamat peribadi

Perspektif Antarabangsa

Peluang latihan dan perlancongan ke luar negara

Kebebasan Kewangan

Mengubah hidup orang lain dengan pengalaman kesihatan anda, anda sendiri juga boleh mendapatkan kepuasan dan kebebasan kewangan

Rakan Niaga Berusaha Bersama

Mendapat rakan yang seminat, bekerjasama untuk menuju ke matlamat yang sama

Peluang Kerjaya Global

Alamilah konsep kesihatan Infinitus dan produk kami mulai hari ini! Kongsikan falsafah penjagaan kesihatan Cina dengan rakan-rakan anda. Memberi inspirasi kepada orang lain supaya mereka menyertai kami sebagai rakan niaga di pasaran global.