/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Infinitus Mengambil Bahagian Dalam “Inisiatif Jalur dan Jalan" China-Filipina Bagi Mempromosikan Budaya Penjagaan Kesihatan Cina

2019.07.31


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan China-Filipina menjadi semakin rapat dengan kewujudan “inisiatif Jalur dan Jalan”. Mengambil kesempatan ini, satu forum "Interaksi Kemanusiaan dan Kerjasama Ekonomi China-Filipina” telah diadakan di Manila pada 26 Julai. Forum ini terdiri daripada 1 forum utama dan 3 tiga sub-forum yang dijalankan secara serentak. Forum utama dianjurkan oleh Persatuan Diplomasi Awam Cina dan Bahagian Keterangan Pejabat Presiden Filipina, diuruskan oleh Global Times Online dan Institut Confucius di Universiti Ateneo de Manila, disokong khas oleh Kedutaan China di Filipina, disokong bersama oleh Dewan Perniagaan Cina Filipina, LKK Health Products Group dan Dewan Perniagaan Antarabangsa Silk Road Filipina.

Forum utama pada sebelah pagi yang bertemakan "Interaksi Sosial dan Kerjasama Ekonomi China-Filipina” dihadiri oleh Pn. Gloria Macapagal Arroyo (bekas Presiden Filipina), En. Hu Zhengyue (Naib Pengerusi Persatuan Diplomasi Awam Cina), En. Martin Andanar (Menteri Penerangan Pejabat Presiden), En. Tan Qingsheng (Penasihat Kedutaan China di Filipina), En Zhou Mingwei (Presiden Persatuan Penterjemahan China dan bekas Pengarah Biro Bahasa Asing), En. Henry Lim Bon Liong (Ketua Exco Dewan Perniagaan Cina Filipina), En. Shan Chengbiao (Pengurus Besar Global Times Online), Pn. Ellen H. Palanca, Ph.D. (Dekan Institut Confucius di Universiti Ateneo de Manila) dan lain-lain tetamu khas. Selain menyampaikan ucapan, mereka merumus dan berkongsi pengalaman tentang kerjasama antara China dan Filipina, dan mengemukakan prospek kerjasama dan arah pembangunan pada masa depan.

Pada sebelah petang, dalam sub-forum yang dianjurkan oleh Persatuan Diplomasi Awam Cina dan Bahagian Keterangan Pejabat Presiden Filipina, disokong khas oleh Kedutaan China di Filipina, diatur oleh Global Times Online dan Institut Confucius di Universiti Ateneo de Manila, dianjur bersama oleh LKK Health Products Group yang bertemakan “Kerjasama China-Filipina dalam Budaya dan Industri Kesihatan”, perbincangan telah diadakan di bawah rangka “Inisiatif Jalur dan Jalan”, dengan memberi tumpuan kepada topik “Kerjasama dan Pembangunan China-Filipina dalam Budaya Penjagaan Kesihatan Cina dan Industri Kesihatan”.

Dr. Francia M. Laxamana (Penolong Menteri Kesihatan Filipina), Dr. Paulyn Ubial (bekas Menteri Kesihatan Filipina), Dr. Annabelle Pabiona-De Guzman (Ketua Pengarah Institut Perubatan Tradisional dan Alternatif Kementerian Kesihatan Filipina), Dr. Qiming Zheng(Pengerusi Persatuan Perubatan Cina dan Akupuntur), Pn. Zhang Jin (Pengarah Pusat Rawatan Penyakit Hospital Xiyuan, Akademi Sains Perubatan Cina), En. Zhang Yiwu (Profesor Universiti Beijing), En. Lucas Xue (Naib Presiden Bahagian Pemasaran LKK Health Products Group), tetamu-tetamu khas dan pakar-pakar kesihatan berhimpun untuk memperbincangkan status pembangunan dan prospek kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, dan mengemukakan cadangan untuk memperkukuhkan lagi interaksi budaya penjagaan kesihatan dan kerjasama industri kesihatan.

Mengulas mengenai prospek kerjasama industri kesihatan China-Filipina, En. Lucas Xue berkata: "China dan Filipina mempunyai sejarah hubungan diplomatik yang lama, kerjasama industri kesihatan kedua-dua negara mempunyai ruang yang besar dan kelebihan interaksi sosial, kerjasama ini membawa makna yang amat besar. Anak syarikat LKK Health Products Group, iaitu Infinitus telah memasuki pasaran Filipina secara rasmi pada bulan Jun tahun ini, syarikat ini bersedia untuk menjadi duta kesihatan dan mengambil peranan aktif dalam mempromosikan interaksi budaya dan kerjasama dalam industri kesihatan antara China dan Filipina."

Wakil rakan niaga Infinitus di pasaran Filipina turut hadir di Forum Kesihatan China-Filipina untuk mendengar prospek kerjasama yang dikongsi oleh pakar-pakar dalam industri ini. Dr. Francia M. Laxamana, En. Lucas Xue dan En. Bill Song (Pengarah Sokongan Pembangunan Perniagaan Luar Negara Infinitus) mengambil gambar untuk kenang-kenangan. 

Produk Infinitus, Pu’er Tea Mix with Tangerine Peel (Filipina) yang diberikan sebagai cenderamata dalam forum ini juga menjadi tumpuan ramai. Kini, budaya penjagaan kesihatan CIna yang unik telah menjadi “kad nama negara”, sebagai wakil kepada LKK Health Products Group, Infinitus (China) Co, Ltd akan  terus menjelajah ke seluruh dunia untuk mempromosikan konsep kesihatan supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripada budaya penjagaan kesihatan yang istimewa ini.

Pada masa akan datang, Infinitus akan terus memainkan peranan aktif dalam mengeratkan kerjasama antara kerajaan Filipina, institusi penyelidikan dan syarikat swasta dalam propaganda, memupuk bakat, penyelidikan sains dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan dan membekalkan produk dan perkhidmatan TCM yang lebih berkualiti kepada penduduk Filipina. Kami bertekad untuk membawa kebahagiaan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan supaya penduduk Filipina boleh hidup dengan lebih seimbang, kaya dan harmoni.

Maklumat Lanjut: