/ Kualiti dan Inovasi /

"100-1 = 0" ialah prinsip pengurusan kualiti kami. Kami memang tidak bertolak ansur dalam hal kualiti di sepanjang proses pengeluaran, bermula dari pembelian bahan mentah sehingga ke proses penghasilan barang siap. Kebanyakan produk kami diuji lebih daripada ribuan kali untuk memastikan piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa dipatuhi.

Proses Pengeluaran

Bahan mentah yang asli


Infinitus percaya bahawa hanya herba Cina yang asli sahaja mempunyai kualiti dan keberkesanan yang terbaik.

Untuk memastikan herba Cina tumbuh dalam persekitaran yang bebas daripada pencemaran, kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mendapatkan kawasan penanaman yang terbaik dan pangkalan penanaman yang mematuhi piawaian juga didirikan di sana.

Buah goji Infinitus yang asli mendapat nutrisi terbaik daripada persekitaran berikut:
Dataran Tinggi Tibet yang purata ketinggiannya 4,500 meter
Tanah dari Golmud, Qinghai
Air salji dari Kunlun
Udara segar

Penanam


Penanaman dan penuaian penuh usaha

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penanam tempatan yang bertungkus lumus secara turun-temurun, pengalaman yang luas serta usaha yang bersungguh-sungguh membolehkan semua herba Cina ini ditanam dengan teliti dengan kaedah tradisional dan teknologi pintar.

Cendawan merah mesti menjalani proses berikut selepas penuaian:
Proses pengeringan dalam waktu keemasan 24 jam selepas penuaian
3 pusingan pemilihan

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)


Menggabungkan kebijaksanaan tradisional dan teknologi moden

Berasaskan kebijaksanaan nenek-moyang Cina selama 5,000 tahun, Infinitus telah memberi definisi baharu kepada TCM supaya ia memenuhi keperluan kesihatan dalam gaya hidup moden. Walaupun Infinitus memiliki 995 paten dan anugerah kualiti secara global, kami masih bekerjasama dengan ahli sains terkemuka di seluruh dunia untuk terus mencipta dan menghasilkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi.

Pihak yang bekerjasama:

- Universiti Cambridge
- Akademi Sains Kebangsaan Perancis
- Institut Materia Medika Shanghai, Akademi Sains China
- Pemenang anugerah Nobel, Jules A. Hoffmann

Pengeluar


Memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa

Setiap hari, pakar kawalan kualiti kami menjalani ujian piawaian terhadap 72 jenis herba Cina dengan menggunakan teknologi terkini. Herba Cina yang mematuhi piawaian diekstrak mengikut nisbah dan syarat yang tepat. Contohnya, masa dan tekanan semasa pengekstrakan.

Infinitus Royal Lingzhi Plus:
1,342 ujian telah dijalankan, termasuk ujian sisa racun perosak / logam berat / mikroorganisma / kandungan nutrien

Anda


Keselamatan produk ialah pegangan utama Infinitus. Produk TCM kami memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa, termasuk Kanada, Hong Kong dan Singapura.

9 produk mendapat anugerah dalam Persidangan Kualiti Sedunia
Ujian kualiti oleh pihak ketiga di peringkat antarabangsa

Pangkalan Pengeluaran

Komitmen Keselamatan


Infinitus telah melabur lebih dari USD 400 juta dan USD 220 juta masing-masing untuk membina dua pangkalan pengeluaran di Bandar Jiangmen, Guangdong dan Bandar Yingkou, Liaoning dengan jumlah keluasan tanah melebihi 550,000 meter persegi. Kilang Xinhui di Guangdong mendapat pensijilan ISO9001, FSSC22000, GMP dan HACCP. Kilang Yingkou pula mempunyai pensijilan ISO9001, FSSC22000 dan HACCP. Kedua-dua pangkalan pengeluaran ini mendapat pengiktirafan dari ISO, FSSC, HACCP dan badan berwibawa lain di peringkat antarabangsa.

Kami juga mendapat pengiktirafan dari FAPAS, iaitu pembekal ujian makmal terkemuka di dunia. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keupayaan ujian kami.