/ Konsep Kesihatan /
Menerapkan kebijaksanaan tradisional dalam kehidupan moden
Budaya penjagaan kesihatan Cina bermula sejak 5,000 tahun dahulu dan diubahsuai oleh Infinitus supaya menjadi konsep kesihatan yang unik. Menggunakan kaedah yang mudah, konsep ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian yang sibuk, justeru menjadikan badan anda sihat walafiat dalaman dan luaran.
Kecergasan dari Dalam, Kehidupan Sihat



3 Keseimbangan
Kesihatan
Keluarga
Kerjaya
3 Kekayaan
Masa
Harta
Rohani
3 Keharmonian
Diri
Komuniti
Masyarakat
Tiga Pemulihan, Empat Kesederhanaan


Memupuk Qi
Qi adalah daya hidup yang mengalir di dalam tubuh manusia. Ia membantu dalam mengekalkan aktiviti fisiologi yang normal. Arus positif ini termasuk daya imun, keupayaan mengekalkan badan dalam keadaan terbaik dari segi dalaman mahupun luaran. Memupuk "Qi" adalah syarat asas untuk menentang serangan pelbagai jenis penyakit.
Menyimbangkan Yin and Yang
Yin and Yang merupakan dua bahagian penting dalam tubuh badan manusia dan alam semula jadi. Dalam hal tubuh badan, "Yin" mewakili nutrien dan " Yang " pula mewakili penggerak. Kedua-dua ini saling bergantungan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Ketidakseimbangan "Yin" dan"Yang" merupakan punca utama segala penyakit. Maka, mengimbangkan Yin and Yang dalam badan merupakan kunci kesihatan.
Kawal atur Zang-fu (organ-organ dalaman)
Perubatan Cina tradisional (TCM) menganggap badan manusia sebagai satu sistem yang dijalin dengan pelbagai organ-organ dalaman. Organ-organ ini mempunyai fungsi sendiri tetapi saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Untuk memastikan badan kita sihat, semua organ dalaman ini mesti beroperasi secara normal.
Organ Zang: jantung, hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang.
Organ Fu: perut, hempedu, San Jiao, pundi kencing, usus besar, usus kecil

Pemakanan
Lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan daging; 70% kenyang sudah memadai
Rehat
Rehat yang cukup setiap hari, tidur sebelum pukul 11 malam, berehat seketika selama 20 minit pada waktu tengah hari.
Senaman
Berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari.
Emosi
Tenangkan fikiran, memupuk minat yang baik dan berfikiran positif.