/ Mengenai Infinitus /
Pengenalan Syarikat
Bertekad untuk membekalkan produk TCM yang bermutu tinggi kepada orang ramai, justeru menawarkan kesihatan dan kesejahteraan kepada orang ramai.
Misi Kita: menggalakkan budaya kesihatan cina yang cemerlang serta bersama membina kehidupan yang lebih sihat dan bahagia
Masa berlalu setiap saat dan dunia berubah sepanjang masa, kesihatan kita juga beredar tanpa disedari... Adakah anda inginkan hidup yang lebih sihat dan lebih ideal seperti kami? Pada tahun 1992, Infinitus ditubuhkan dengan niat untuk menghasilkan produk TCM yang bermutu tinggi supaya kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dapat dipelihara. Menerusi inovasi secara berterusan, kami telah menggabungkan budaya korporat yang unik dalam kehidupan harian. Kami mempunyai platform penyelidikan dan pembangunan yang canggih, kekuatan penyelidikan saintifik yang kukuh, teknologi teras yang diberi hak intelektual, produk bermutu tinggi, nilai jenama yang dipercayai, pekerja yang dedikasi dan sebagainya. Kesemua faktor ini telah memantapkan kedudukan kami dalam industri penjagaan kesihatan. Kami bertekad untuk mempromosi budaya penjagaan kesihatan Cina yang istimewa dan menerapkannya ke dalam masyarakat umum. Kami sentiasa mengamalkan nilai teras "Si Li Ji Ren" dan model kepimpinan auto-pilot. Dengan semangat "Keusahawanan yang Berterusan", kami bertapak di China dan bersedia berkhidmat di seluruh dunia. Kami berdedikasi supaya lebih ramai orang berjaya mencapai hidup yang lebih sihat.