/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Infinitus Mengambil Peranan Dalam Forum “Initiatif Jalur dan Jalan” Cina-Malaysia, Mempromosikan Budaya Penjagaan Kesihatan Cina

2019.08.01


Pada 29 Julai 2019, Infinitus (China) Co., Ltd. mengambil bahagian dalam Forum “Interaksi Sosial dan Kerjasama Ekonomi China-Malaysia” di bawah “Inisiatif Jalur dan Jalan”. Pada tahun 2010, Infinitus memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Infinitus sentiasa berhasrat untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan TCM, mempromosikan konsep kesihatan supaya lebih ramai penduduk Malaysia mendapat manfaat daripada budaya penjagaan kesihatan yang unik ini.

Forum yang terdiri daripada satu forum utama dan tiga tiga sub-forum selari diadakan di Kuala Lumpur. Forum utama dianjurkan oleh Persatuan Diplomasi Awam China, Kedutaan China di Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia, diurus oleh Global Times Online dan disokong oleh LKK Health Products Group.

Forum utama pada sebelah pagi dihadiri oleh En. Bai Tian (Duta China ke Malaysia), En. Tan Kok Wai (Duta Khas Malaysia ke China dan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China), Encik Hu Zhengyue (Naib Presiden Persatuan Diplomasi Awam China), Dato 'Abdul Majid Ahmad Khan (Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia), Tan Sri DSP (Dr) Goh Tian Chuan (Naib Presiden Huazong), En Zhou Mingwei (Presiden Persatuan Penterjemahan China dan bekas Pengarah Biro Bahasa Asing), En. John Patrick Anthonysamy (Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), En. Shan Chengbiao (Pengurus Besar Global Times Online) dan lain-lain tetamu khas. Selain menyampaikan ucapan, mereka merumus dan berkongsi pengalaman kerjasama antara China dan Malaysia, dan mengemukakan prospek kerjasama dan arah pembangunan pada masa depan.

Pada sebelah petang, dalam sub-forum yang dianjurkan oleh Persatuan Diplomasi Awam China, Kedutaan China di Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia,  diatur oleh Global Times Online dan disokong oleh LKK Health Products Group, yang bertemakan “Kerjasama Budaya dan Industri Kesihatan China-Malaysia”, interaksi mengenai prospek pembangunan dan kerjasama konsep kesihatan antara dua negara telah diadakan secara intensif. Turut hadir dalam majlis ini termasuk Tan Sri Dato 'Khoo Chai Kaa (Presiden Hospital Tung Shin), Tan Sri Lee Kim Yew (Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Country Heights Group dan bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-China),  En. Chai Yoo Yuen (Naib Presiden Persatuan TCM Sedunia, Naib Presiden Persatuan TCM Klasik dan Persatuan Perubatan Cina Malaysia), En. Vincent Gooi (Pengarah Pemasaran Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC)), Dr. Kong Why Hong (Setiausaha Agung Persatuan Perubatan Cina Malaysia),  En. Shan Chengbiao (Pengurus Besar Global Times Online), En. Zhang Yiwu (Profesor Universiti Beijing), Pn. Zhang Jin (Pengarah Pusat Rawatan Penyakit Hospital Xiyuan, Akademi Sains Perubatan Cina), En. Lucas Xue (Naib Presiden Bahagian Pemasaran LKK Health Products Group) dan wakil media China dan Malaysia.  

En. Lucas Xue memberikan ucapan dalam forum tersebut dan beliau berkeyakinan penuh dalam kerjasama industri kesihatan antara China dan Malaysia. Wakil rakan niaga Infinitus di pasaran Malaysia  turut hadir ke forum ini untuk mendengar prospek kerjasama yang dikongsi oleh pakar-pakar dalam industri ini dan mengambil gambar kenang-kenangan dengan En. Lucas Xue. Cenderamata dalam forum, iaitu Infinitus Pu’er Tea Mix with Tangerine Peel juga diminati dan menjadi tumpuan ramai.

Pada masa akan datang, Infinitus akan terus memainkan peranan aktif dalam mengeratkan kerjasama antara kerajaan Malaysia, institusi penyelidikan dan syarikat swasta dalam propaganda, memupuk bakat, penyelidikan sains dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan membekalkan produk dan perkhidmatan TCM yang lebih berkualiti kepada penduduk Malaysia. Kami bertekad untuk membawa kebahagian dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan supaya penduduk Malaysia boleh hidup dengan lebih seimbang, kaya dan harmoni.

Maklumat Lanjut: