/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Empat Produk Infinitus mendapat anugerah Monde Selection 2019

2019.08.19


Pada 3 Jun 2019, upacara penyampaian hadiah Monde Selection 2019 (Pertubuhan Penilaian Kualiti Antarabangsa) telah diadakan di Rome, Itali. Empat produk Infinitus bersama-sama Coca-Cola, Quaker, Brand’s, Maxim’s, Feihe dan beberapa jenama yang terkemuka di dunia telah mendapat anugerah Monde Selection.

Pertubuhan Penilaian Kualiti Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1961, merupakan badan yang menumpukan perhatian kepada penilaian kualiti produk sejak 57 tahun yang lepas. Ia adalah salah sebuah institusi pihak ketiga yang tertua dan paling berwibawa di dunia dalam penilaian kualiti produk makanan. Kehadiran pertubuhan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap kualiti produk yang ikonik di peringkat antarabangsa. Pada tahun ini, sebanyak 2,948 produk dari 90 negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Empat produk Infinitus menyertai dua categori iaitu "Produk Nutrisi dan Kesihatan" dan “Produk Kecantikan dan Kosmetik". Juri dan juga pakar membuat penilaian mengikut piawaian dan peraturan rasmi dari Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, menilai dengan teliti daripada aspek bahan, aspek keberkesanan, aspek keselamatan dan lebih daripada 20 parameter lain.

Setelah melalui beberapa pusingan penilaian yang teliti, Infinitus Health Tonic, Ubat Gigi Phytocare and minuman pepejal probiotik Shanlexing mendapat anugerah emas, manakala Infinitus Gest-Aid Plus memperoleh anugerah gangsa. Ini adalah kali ketiga Infinitus Health Tonic, ubat gigi Phytocare memenangi anugerah emas dan Monde Selection telah memberikan anugerah “Produk Kualiti Tinggi” kepada kedua-dua produk ini. Ini juga kali kedua Minuman Pepejal Probiotik Shanlexing memenangi anugerah emas dalam Monde Selection.

Maklumat Produk Infinitus Yang Memenangi Monde Selection Dari Tahun 2015-2019

Tahun 2015 

Anugerah Emas : Esens Pemutihan Beautrio

Anugerah Perak : Pu'er Tea Mix with Tangerine Peel

Tahun 2016

Anugerah Perak : Minuman Beri Biru, Minuman Kolagen, Koleksi Pelembap Pemutihan Beautrio, Rawatan Pembaikan Intensif Beautrio

Anugerah Gangsa : Health Tonic, Gest-Aid Plus

Tahun 2017

Anugerah Emas : Health Tonic, Jus Campuran Ubi Bit, Jus Campuran Beri Biru dan Anggur Hitam, Jus Campuran Buah Kiwi Emas, Ubat Gigi Phytocare

Anugerah Perak : Jus Campuran Peach Emas, Minuman Pepejal Zhi Xing

Anugerah Gangsa : Minuman Pepejal Chang Yan, Minuman Pepejal Yan Dong

Tahun 2018

Anugerah Emas : Health Tonic, Botanical Beverage Mix Chinese Yam and Hawthorn with Probiotics, Ubat Gigi Phytocare, Esens Muka Pengukuhan Ekstrem Beautrio, Krim Malam Pengukuhan Ekstrem Beautrio

Anugerah Perak : Qi Premium Nutrient Herbal Essence

Anugerah Gangsa : Gest-Aid Plus, Royal Lingzhi Plus

Tahun 2019

Anugerah Emas : Health Tonic, Ubat Gigi Phytocare, Botanical Beverage Mix Chinese Yam and Hawthorn with Probiotics

Anugerah Gangsa : Gest-Aid Plus

Semenjak pertama kali memenangi anugerah Monde Selection pada tahun 2015, Infinitus telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam lima tahun berikutnya kerana kebanyakkan produk telah memperoleh anugerah emas dalam pertandingan ini. Penerimaan anugerah dari badan berwibawa ini sekali lagi memberikan pengiktirafan kepada kualiti dan kawalan ketat Infinitus.

Pada masa akan datang, Infinitus akan meneruskan misinya iaitu "mempromosikan budaya penjagaan kesihatan Cina yang unik, mencipta kehidupan yang sihat, sejahtera dan harmoni" dengan terus  membekalkan lebih banyak produk TCM yang berkualiti tinggi kepada orang ramai.

Maklumat Lanjut: