/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Upacara “Penutupan Bumbung” Plaza Infinitus Guangzhou Berjalan Lancar!

2019.09.03


Pada pagi 3 September 2019, Guangzhou Baiyun New City mengumumkan satu berita yang mengemparkan : Upacara “Penutupan Bumbung” Plaza Infinitus Guangzhou berjalan lancar! 16 tetamu khas mengangkat penyodok masing-masing dan meletakkan konkrit terakhir pada Plaza Infinitus Guangzhou. 

Ahli-ahli Jawatankuasa Pemegang Saham Lee Kum Kee, termasuk Pn. Lee Choi May Ling, Pn. Elizabeth Mok, En. Charlie Lee, En. Sammy Lee, En. Tan Guohui (Setiausaha & Pengerusi Guangdong No.1 Construction Company Engineering Co., Ltd.), En. Ng (CEO Unit Pelaburan Hartanah LKKHPG), En. Lam Yu (Naib Presiden Kanan LKKHPG dan CEO Infinitus Global), En. Tim Chun (CEO Tianfangjian), En. Stephan Chung (Penasihat Kanan Pengerusi LKKHPG), En. Huang Jianlong (Naib Presiden Kanan Infinitus China), En. Satoshi Ohashi (Pengarah syarikat arkitek Zaha Hadid) dan lain-lain tetamu dari bahagian pembinaan menghadiri upacara “Menutup Bumbung” bagi menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini.

Plaza Infinitus Guangzhou akan menjadi ibu pejabat Infinitus yang baharu. Ia merupakan kelompok bangunan moden yang mengintegrasikan ciri ekologi mesra alam, kesihatan, gaya dan teknologi pintar. Terdapat pusat R&D global dan pusat paparan imej korporat dan sebagainya dalam bangunan-bangunan ini. Pembinaan Plaza ini membawa beberapa makna besar kepada Infinitus, iaitu meningkatkan imej syarikat dan reputasi jenama, menjadi platform kerjaya yang menarik bagi rakan-rakan niaga, mencerminkan keyakinan Infinitus terhadap masa depan industri kesihatan dan bertekad untuk memperluaskan pasaran ke seluruh dunia melalui pasaran China.

Struktur utama Plaza Infinitus Guangzhou berjaya “ditutup bumbung” menandakan kejayaan penting dalam projek pembinaan. Mari kita bersama-sama menantikan Plaza Infinitus Guangzhou yang siap dibina!

Maklumat Lanjut: