/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Penjelajahan Ke China - Media Cina Luar Negara Membuat Liputan Mengenai Infinitus, Turut Mempromosikan Budaya Penjagaan Kesihatan Cina

2019.10.19


Pada 19 Oktober 2019, satu seminar mengenai "Mengumpulkan Kebijaksanaan Media Global dan Mempromosikan Budaya Penjagaan Kesihatan Cina" yang ditaja oleh China News Service dan LKK Health Products Group telah diadakan di Pangkalan Pengeluaran Infinitus Xinhui di Jiangmen, Wilayah Guangdong. 19 wakil media Cina luar negara dari 11 buah negara menghadiri majlis itu, mereka berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat mengenai penyebaran dan perkembangan budaya Penjagaan Kesihatan Cina di Negara masing-masing.

Budaya penjagaan kesihatan Cina merupakan bahagian penting dalam budaya tradisional Cina yang unik. Dalam zaman globalisasi ini, budaya TCM berjaya memasuki arena dunia dan kian menarik perhatian dan minat orang ramai di luar negara.

Sebelum seminar itu bermula, wakil-wakil media melawat ke pangkalan pengeluaran Lee Kum Kee dan Infinitus di Xinhui untuk memahami warisan dan perkembangan budaya penjagaan kesihatan Cina di syarikat moden.

En. Bill Song, Pengarah Sokongan Pembangunan Perniagaan untuk Pasar Luar Negera Infinitus mengalu-alukan ketibaan wakil-wakil media. Beliau berkata: "Budaya penjagaan kesihatan Cina yang unik merupakan khazanah kebudayaan bangsa Cina selama beribu-ribu tahun lamanya. Selaku wakil industri TCM, Infinitus bersedia untuk menyebarkan budaya penjagaan kesihatan Cina yang istimewa ini kepada orang ramai dan akan terus memainkan peranan dalam mempromosikan interaksi sosial dan kerjasama kesihatan dengan negara-negara lain."

En. Sam Li, Pengarah Pembangunan untuk Pasar Luar Negera Infinitus menerangkan bahawa Infinitus  ialah sebuah syarikat besar yang memberikan tumpuan kepada pembangunan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan produk TCM. Sejak tahun 2010, Infinitus mula meneroka pasaran antarabangsa secara aktif. Pada masa sekarang, perniagaan Infinitus meliputi Malaysia, Singapura, Kanada, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Hong Kong, China, Taiwan dan sebagainya. Infinitus bertekad untuk penyebaran budaya penjagaan kesihatan Cina yang unik ini ke setiap sudut dunia.

Maklumat Lanjut: