Berita Korporat
Pasukan Profesor Hoffman Dari Akademi Sains Kebangsaan Perancis Melawat Infinitus Bagi Bertukar Pendapat Tentang Peyelidikan Polisakarida dalam TCM
2019.11.12
Sejak ditubuhkan 27 tahun lalu, Infinitus memfokus dalam penyelidikan saintifiknya bagi mencipta produk yang lebih berkualiti, berteknologi dan berdaya saing. Usaha kerjasama dengan pasukan Hoffmann, interaksi dan kerjasama penyelidikan telah diperdalamkan. Pada 12 November 2019, Profesor Hoffmann (Pengarah Institut Biologi Molekular dan Sel Akademi Sains Perancis) dan Profesor Jean-Luc IMLER (Penyelidik Infinitus) telah membuat lawatan khas ke pangkalan pengeluaran Xinhui untuk membincangkan perkembangan penyelidikan polisakarida kompleks dengan kakitangan Infinitus.
Dalam satu temu bual eksklusif, profesor Jean-Luc IMLER berkata kerjasama kali ini tertumpu pada penyelidikan fungsi dan mekanisme imun dalam kandungan cendawan lingzhi. Dalam kajian tersebut, pasukannya mendapati kandungan cendawan lingzhi dapat mengaktifkan jaluran tertentu dalam sistem imunisasi lantaran meningkatkan daya tahan manusia. Penyelidikan tersebut mendapati polisakarida TCM mempunyai sifat anti keaktifan virus.
Pada masa akan datang, Infinitus akan terus bekerjasama dengan Profesor Hoffmann dan pasukannya untuk menjalankan penyelidikan secara mendalam mengenai pengawalan imunisasi dengan TCM. Kerjasama dengan pasukan penyelidikan yang berwibawa ini akan membantu dalam peningkatan kualiti dan teknologi produk syarikat dan membantu lebih ramai orang untuk mencapai kehidupan yang sihat!