/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Infinitus Memenangi "Anugerah Pencapaian Mesra Alam Asia-Pasifik 2019" kategori "Makanan Hijau Cemerlang"

2019.12.05


Majlis “Anugerah Pencapaian Mesra Alam Asia-Pasifik 2019" telah diadakan secara besar-besaran pada 5 Disember 2019 di Hotel Harbour Grand Hong Kong. Produk Infinitus, iaitu “Qi Premium Nutrient Herbal Essence” dan “Qi Royal Lingzhi Herbal Essence” telah berjaya memenangi anugerah ini dalam kategori “Makanan Hijau Cemerlang". Kedua-dua produk yang memenangi anugerah tersebut telah lulus pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Antarabangsa Hong Kong dan berjaya memperolehi Sijil Keselamatan Makanan Hong Kong (Piawaian Antarabangsa).

"Anugerah Pencapaian Mesra Alam Asia-Pasifik 2019" yang dianjurkan bersama Yayasan Perancangan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar China, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Hong Kong dan Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Hijau Macao. Penaja media ialah Global Commercial Newspaper Union dan Hong Kong Commercial Daily. Infinitus merupakan salah satu pengadil dalam pertandingan ini. Organisasi sokongan bagi pertandingan ini, termasuk Dewan Perniagaan Cina Hong Kong, Persatuan Pengilang Cina Hong Kong dan Persekutuan Industri Hong Kong. Pertandingan ini turut disokong oleh puluhan organisasi kerajaan, syarikat swasta, persatuan perniagaan dan badan perlindungan alam sekitar di China dan Hong Kong.

Sejak penubuhan pada tahun 1992, Infinitus sentiasa berpegang teguh kepada konsep kualiti "100-1 = 0". Infinitus memandang kualiti produk sebagai jantung syarikat, kawalan kualiti dilakukan pada setiap peringkat termasuk bahan mentah, rumusan, pengeluaran dan sebagainya. Konsep ini mencerminkan kawalan kualiti yang ketat dari "ladang ke lidah" supaya Infinitus dapat memenuhi kepuasan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Infinitus bertindak selaras dengan “Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)” dan memberi tumpuan kepada enam bidang utama iaitu "kesihatan", "kualiti", "pekerja", "rakan kongsi", "alam sekitar" dan "komuniti". Dalam amalan "tanggungjawab alam sekitar", Infinitus berusaha untuk melindungi alam sekitar dalam operasinya dengan mengintegrasikan konsep mesra alam dalam proses penanaman, pengeluaran, pembungkusan dan logistik, dan menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Ini merupakan kali pertama Infinitus memenangi "Anugerah Makanan Hijau Cemerlang". Bertitik tolak dari sini, Infinitus akan terus menghasilkan produk TCM yang berkualiti tinggi kepada orang ramai berasaskan kelebihannya dalam teknologi teras, produk berkualiti dan nilai jenama yang dipercayai ramai.

Ketahui lebih lanjut:

bit.ly/38hIxeM

bit.ly/356PlK8

bit.ly/36hwIDG

bit.ly/2DWkVyo

Maklumat Lanjut: