/ BUTIRAN BERITA /

Berita Korporat

Berjalan Lebih Daripada 920 Juta Langkah, Infinitus Memberikan Sumbangan Amal Sebanyak RMB 2.8 Juta Yuan

2020.09.19


Pada 19 September, aktiviti "9•19 Infinitus Global Walking Day" yang dianjurkan oleh Infinitus telah berjalan dengan lancar. Penyokong berjalan kaki dari seluruh dunia telah membantu dalam mencapai matlamat 920 juta langkah pada hari tersebut. Mengikut jumlah langkah ini, Infinitus telah memberikan sumbangan amal sebanyak RMB 2.8 juta Yuan kepada "Hope Project • Infinitus Happy Football" yang diusahakan oleh Yayasan Pembangunan Belia China bagi menyokong pembangunan aktiviti bola sepak dalam kalangan orang muda di kawasan miskin China.

Tahun ini merupakan tahun ke-11 Infinitus menganjurkan aktiviti berjalan kaki amal. Sehingga kini, acara ini telah berlangsung sebanyak 200 kali di China dengan penyertaan lebih daripada 1 juta orang. Pada tahun ini, acara ini diperluaskan kepada peminat berjalan kaki di seluruh dunia, termasuk Hong Kong, Taiwan, Malaysia,  Singapura, Kanada, Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Korea Selatan. Jumlah langkah terkumpul telah mencecah 920 juta.

Infinitus bukan sahaja membuat pengumuman meluas di platform media sosial malah memeriahkan aktiviti luar talian. Ramai peserta mengambil gambar ketika berjalan atau berkongsi kegembiraan mereka di dalam dan di luar platform media sosial, menjadikan "9•19 Infinitus Global Walking Day" tahun ini amat istimewa dan menarik sekali.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Anda boleh merujuk kepada kandungan berkaitan dengan menggunakan “hashtag” #919InfinitusGlobalWalkingDay pada laman Facebook!

Infinitus (Overseas) Websites

Infinitus (Hong Kong): https://www.infinitus.com.hk/

Infinitus (Taiwan): https://www.infinitus-int.com.tw/

Infinitus (Malaysia): https://www.infinitus.my/

Infinitus (Singapore): https://sg.infinitus-int.com/

Infinitus (Canada): https://ca.infinitus-int.com/

Infinitus (Thailand): https://th.infinitus-int.com/

Infinitus (Philippines): https://ph.infinitus-int.com/

Infinitus (Kazakhstan): https://www.infinitus.com.kz/

Infinitus (Korea): https://www.infini-mart.com/kr_en/

Maklumat Lanjut: