/ BUTIRAN BERITA /

Maklumat Tempatan Terkini

2022 Seminar Pelancongan Luar Negara

2022.01.11


Terma & Syarat 2022 Seminar Pelancongan Luar Negara

Tempoh kelayakan bagi program ini adalah dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Syarikat berhak menolak mereka yang berumur 65 tahun ke atas untuk menyertai lawatan ini.

Setiap kelayakan akan disemak semula – terhad kepada keahlian Malaysia & Singapura sahaja. Hanya BP yang terima jemputan berlayak mengambil bahagian dalam lawatan ini.

Setiap BP berlayak memenangi tidak lebih daripada 2 tiket di mana tiket yang kedua sah untuk pasangan yang namanya berdaftar dengan syarikat kami ataupun ditukar nama kepada ahli keluarga langsung yang berumur lebih daripada 18 tahun (iaitu ibubapa, adik-beradik atau anak sahaja) di atas kebenaran daripada syarikat kami.

Tiket pertama yang dimenangi tidak boleh ditukar nama kepada orang lain.

Tiket yang dimenangi tidak boleh ditukar kepada tunai atau barangan.

Semua BP dikehendaki bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 atau 2 (KLIA 1/KLIA 2), Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (untuk BP Singapura sahaja) atau tempat lain yang ditentukan oleh syarikat kami.

Syarikat kami tidak akan melayan sebarang permintaan untuk pelanjutan lawatan. Sebarang permintaan hendaklah ditujukan kepada ejen pelancongan yang berkaitan dan segala caj tambahan akan ditanggung oleh BP yang berkenaan.

Penangguhan lawatan adalah tidak dibenarkan kecuali disokongi oleh surat daripada doktor berdaftar. Syarikat kami berhak untuk meluluskan atau menolak permintaan tersebut tanpa memberi sebarang penjelasan. 

Sebarang tiket kelayakan yang tidak terpakai pada tarikh yang ditetapkan akan dibatalkan.

Syarikat kami berhak untuk menukar jadual perjalanan dengan memberi notis 2 minggu sebelum perjalanan tanpa memberi sebarang penjelasan.

BP harus memastikan liputan insuransnya mencukupi dalam tempoh perjalanan and menguruskan permohonan visa sendiri.

BP dikehendaki mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh syarikat kami sepanjang perjalanan.

Syarikat kami berhak untuk menukar terma & syarat tanpa memberi sebarang notis. Keputusan dibuat oleh Syarikat adalah muktamad.

Sila hubungi kami 03-80791828 (MY)/800 852 6040 (SG) demi memperolehi penerangan yang selanjutnya.

 

 

Maklumat Lanjut: