/ Budaya Korporat /

Si Li Ji Ren

"Si Li Ji Ren" (Memikirkan kepentingan orang lain) merupakan genetik budaya Lee Kum Kee, iaitu sebuah syarikat yang telah beroperasi berabad. Ia juga merupakan nilai teras bagi LKK Health Products Group yang bermaksud "sebelum melakukan sesuatu, fikirkan cara-cara yang dapat membawa manfaat maksimum kepada semua orang".

Tiga element penting "Si Li Ji Ren"

Pemikiran "helikopter"


Apabila anda memandang dari sudut yang lebih tinggi, visi anda diperluaskan dan cara-cara untuk melakukan sesuatu pun bertambah banyak. Dengan ini, kebarangkalian untuk berjaya juga meningkat.

Memikirkan sesuatu perkara dari sudut pandangan pihak lain


Apabila pemikiran anda beralih dari sudut "saya" ke perspektif "kami", maknanya anda telah berjaya mengatasi ego dan status terkini anda.

Prihatin terhadap perasaan orang lain


Prihatin supaya orang lain merasakan dirinya dihormati. Dia akan turut menerima dan menyertai anda.

Keusahawanan yang Berterusan


"Keusahawanan yang Berterusan" merupakan semangat korporat bagi Lee Kum Kee Group. LKK Health Products Group mengembangkan dan memperkayakan intipati semangat ini dengan menggalakkan inovasi dan semangat maju diri. "Keusahawanan yang Berterusan" bukan sahaja semangat malah dijadikan falsafah syarikat supaya rakan niaga syarikat mengekalkan semangat berkobar-kobar untuk mendirikan kerjaya sendiri, sentiasa majukan diri, menyahut cabaran baru untuk mencipta rekod kejayaan baharu.


"Keusahawanan yang Berterusan" merangkumi 4 aspek:

✓ 6677 (Mula bertindak apabila dapat menguasai peluang yang diberikan)
✓ Kreatif dan inovasi
✓ Jangan mengehadkan diri
✓ Berorientasikan manfaat